You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Perang dingin Shila Amzah, media Melayu terlerai sudah

Harian Metro logo Harian Metro 23/6/2022 Affan Rostam
Shila Amzah. FOTO Amirudin Sahib © Provided by Harian Metro Shila Amzah. FOTO Amirudin Sahib am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas lapan tahun perang dingin membabitkan penyanyi Shila Amzah dan media Melayu akhirnya terlerai menerusi satu pertemuan dari hati ke hati yang diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan yang berlangsung lebih tiga jam itu, Shila bersama pihak media terbabit saling bermaafan dan meluahkan apa yang terbuku di hati masing-masing sebelum ini.

Shila, 32, atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah menjelaskan dia sudah lama memikirkan cara untuk berdamai namun tidak menjumpai masa yang sesuai.

"Sebenarnya perasan untuk berdamai ini sudah timbul sejak saya hamil iaitu pada 2019. Tetapi, mungkin masanya belum sesuai.

"Andai pertemuan ini diadakan pada lapan tahun lalu mungkin kita tidak akan sedamai ini kerana cara pemikiran saya sekarang sudah berubah dan lebih matang," katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam pertemuan itu juga, Shila mengakui dia berasa lega selepas perbincangan menerusi pertemuan itu berakhir dengan baik.

"Saya berasa lega untuk meneruskan hari mendatang. Saya tidak mahu menanggung bebanan di bahu saya kerana kemelut ini, saya sudah tidak larat," katanya.

Menurut Shila lagi, dia mahu kisahnya ini menjadi pengajaran buat rakan artis yang lain selain menegaskan berdamai adalah cara terbaik dalam mengatasi sesuatu konflik.

"Kalau boleh saya mahu beritahu rakan artis yang lain jangan buang masa dan duit untuk turun naik mahkamah jika ada masalah dengan media dan selesaikan dengan baik.

"Saya tak mahu orang lain melalui perkara sama. Walau sesukar mana pun selesaikan dengan cara berdamai kerana tidak ada perkara baik yang akan muncul daripada kemelut sebegini," katanya.

Terdahulu, Shila menerusi program Melodi TV3 meluahkan kekesalan dengan tindakan saman terhadap sekumpulan wartawan pada tahun 2015 dan memohon maaf kepada pengamal media yang terkesan.

Dia turut berasa pengalaman itu satu pembaziran besar kerana jumlah wang dihabiskan untuk turun naik mahkamah sebenarnya boleh membeli sebuah rumah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon