You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Persembahan Ramli pernah dibatal pada 1984

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 5 days ago FMT Reporters
a person posing for the camera: Ramli Ibrahim berkata pembatalan persembahannya menyekatnya daripada mengamalkan seninya. (Gambar Facebook) © Provided by Free Malaysia Today Ramli Ibrahim berkata pembatalan persembahannya menyekatnya daripada mengamalkan seninya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Legenda tarian klasik Ramli Ibrahim, kembali menjadi perhatian selepas program sepatutnya disertai beliau dibatalkan pada saat-saat akhir, pengalaman yang pernah dilaluinya 37 tahun lalu.

Dalam satu artikel ditulisnya pada 1984, yang diterbitkan di New Straits Times, Ramli menceritakan saat ketika persembahan amalnya dibatalkan tiga hari sebelum acara dijadual berlangsung.

“Tempahan untuk auditorium ditolak dengan alasan seorang Muslim yang mempersembahkan tarian klasikal India mungkin akan menimbulkan banyak kontroversi,” tulisnya.

Persembahan itu, katanya, adalah untuk mengumpul dana bagi membeli mesin jantung untuk sebuah hospital tempatan.

Artikel itu disiarkan di laman Facebook Sutra Foundation.

Jelas Ramly, akibatnya hospital itu disekat daripada menerima “bantuan kewangan yang cukup besar” dan mereka yang telah berusaha keras untuk acara tersebut kecewa serta hilang semangat.

“Saya disekat daripada mempraktikkan seni dan mencari nafkah.”

Ramli berkata, seorang Muslim yang mempersembahkan tarian klasikal India menimbulkan dilema yang nyata “aneh bagi Malaysia”, sambil menambah bahawa konflik itu lebih kepada pandangan sempit tentang apa yang patut dilakukan oleh orang Melayu untuk mencari nafkah.

“Konflik yang nyata adalah tarian klasikal India memang tarian kuil dan, oleh itu, pada dasarnya membabitkan agama, suatu fakta yang tidak dapat ditolak.”

Beliau turut berkata di Malaysia, tarian dianggap sebagai entiti terpolarisasi dan terpisah “untuk dihasilkan, dikatalogkan dan dibandingkan di meja persidangan”. Ia juga dieksploitasi untuk tujuan lain selain dari minat terhadap bentuk tarian itu sendiri, tambahnya.

Ramli berkata lama-kelamaan dia disedarkan bahawa dia adalah seorang Melayu yang terlibat dalam tarian klasik India “dan bukannya penari yang memberikan jiwa kepada mediumnya, iaitu tarian”.

Sabtu lalu, UTM mengesahkan membatalkan program bicara bersama Ramli tentang bagaimana seni tarian merentas bangsa atas nasihat pusat Islamnya, kerana universiti itu tidak mahu “menyinggung perasaan mana-mana pihak”.

Pusat itu memberi nasihat supaya tidak mengadakan ceramah tersebut, dengan alasan “faktor kesesuaian”. Tetapi Ramli berkata alasan itu “lemah dan tidak dapat diterima”.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon