You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Pikap terbabas, 3 beranak maut

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 3 days ago FMT Reporters
Pasukan polis dan bomba yang tiba di lokasi kejadian mengeluarkan mayat yang tersepit dalam kenderaan terbabit malam tadi. (Gambar Facebook) © Provided by Free Malaysia Today Pasukan polis dan bomba yang tiba di lokasi kejadian mengeluarkan mayat yang tersepit dalam kenderaan terbabit malam tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tiga beranak maut manakala seorang lagi anggota keluarga itu parah selepas pikap dinaiki dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang jejambat di Jalan Lintas, Luyang, Kota Kinabalu, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah, pemandu Jimmykal Assam, 44, dan dua anak lelaki dan perempuan berusia belasan tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, seorang lagi anak lelaki pemandu berusia lima tahun dilaporkan parah dan sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut.

Mohd Zaidi berkata siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan Nissan Navara dipercayai terbabas dan merempuh tiang jejambat.

“Siasatan masih diteruskan dan keterangan termasuk butiran dua mangsa akan dikemaskini. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987,” katanya, menurut Berita Harian.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon