You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Polis dicekup dalam ‘parti liar’ mungkin dipecat

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 5 days ago FMT Reporters
a group of people sitting in a room: Pengarah JIPS Zamri Yahya berkata dua daripada pegawai yang ditahan dalam serbuan itu terlibat dalam kes salah laku lain. (Gambar PDRM) © Provided by Free Malaysia Today Pengarah JIPS Zamri Yahya berkata dua daripada pegawai yang ditahan dalam serbuan itu terlibat dalam kes salah laku lain. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Dua pegawai polis yang ditahan Ahad lalu kerana disyaki terlibat dalam “parti liar” di sebuah hotel mungkin dipecat, kata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Pengarah JIPS Zamri Yahya, berkata kedua-dua pegawai polis itu berpangkat deputi superintendan dan inspektor. Katanya, tindakan tegas perlu diambil terhadap kedua-dua pegawai tersebut kerana mereka adalah pesalah berulang.

“Mereka pernah terbabit dalam kes salah laku lain dan kami akan mengesyorkan pemecatan mereka kepada Jabatan Pengurusan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Mereka adalah tiga pegawai dan seorang konstabel yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam “pesta liar” membabitkan sekumpulan 32 individu di sebuah hotel di Jalan Pinang di sini baru-baru ini.

Sumber berkata, seorang daripada pegawai tersebut, yang juga inspektor, adalah anggota JIPS Bukit Aman.

Dua yang lain adalah deputi superintendan bertugas di IPK Selangor dan seorang inspektor lain, bertugas di Bahagian Narkotik Pulau Pinang. Konstabel itu bertugas di Jinjang.

Zamri berkata, JIPS juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap dua pegawai lain.

Dipercayai seorang daripada mereka menganjurkan pesta yang disertai lapan warga asing dan 18 wanita, berusia antara 20 dan 50 tahun.

Tiada barangan terlarang ditemui dalam serbuan pada 2 pagi itu.

Kes itu menimbulkan persoalan berhubung bagaimana pihak pengurusan hotel membenarkan tempahan bilik untuk satu kumpulan besar ketika pelaksanaan perintah sekatan penuh – semua hotel ditutup, kecuali untuk tujuan kuarantin dan sama ada SOP Covid-19 dipatuhi.

Masih tidak diketahui apakah tindakan yang akan diambil terhadap hotel tersebut. Pengurus besarnya juga enggan mengulas lanjut ketika dihubungi.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon