You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Program Geran Komuniti pacu pembangunan Presint Merdeka 118

Berita Harian logo Berita Harian 28/6/2021 Hazwan Faisal Mohamad
a view of a city with a mountain in the background: Bangunan Merdeka 118 © Provided by Berita Harian Bangunan Merdeka 118 hazwanfaisal@mediaprima.com.my

KUALA LUMPUR: PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) melancarkan Program Geran Komuniti bagi memacu pembangunan presint Merdeka 118.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata program itu bertujuan mewujudkan kejiranan yang bersepadu, berkembang maju dan kaya dengan nilai-nilai seni dan budaya dalam presint Merdeka 118 di Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur.

Katanya, ia juga bagi memperkasa komuniti setempat dan membangunkan perniagaan, institusi dan organisasi masyarakat yang berdaya tahan.

"Program ini menyasarkan lima lokasi utama iaitu kawasan sekitar Petaling Street, Jalan Hang Tuah, Kuadran Sukan1, Kampung Attap dan kawasan sekitar Pudu.

"Ia bertujuan untuk memupuk idea inovatif dalam bidang sukan, seni, budaya, warisan, dan perniagaan setempat.

"Ini termasuklah inisiatif seperti bengkel pembangunan kapasiti, program komuniti, latihan vokasional, acara dan pertandingan, serta lain-lain projek yang mampu mewujudkan impak positif kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Zulqarnain, Presint Merdeka 118 berada di sebuah lokasi ikonik yang kaya dengan budaya dan sejarah yang penting.

"Seiring dengan visi kami untuk menjadi destinasi mercu tanda di Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur, penting bagi kami untuk memastikan pembangunan presint Merdeka 118 diharmonikan dengan komuniti secara meluas.

"Pandangan penyewa, penduduk dan pelawat juga dipertimbangkan dengan teliti, bukan sahaja untuk menghargai kepentingan sejarah di kawasan ini, tetapi juga untuk menyokong aspirasi masa hadapan mereka," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon