You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Rafizi terus di depan, kuasai P Pinang, Perak

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 29/5/2022 FMT Reporters
Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli sedang mengungguli saingan dengan majoriti 15,069 undi, mengatasi Saifuddin Nasution Ismail. © Provided by Free Malaysia Today Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli sedang mengungguli saingan dengan majoriti 15,069 undi, mengatasi Saifuddin Nasution Ismail.

PETALING JAYA: Persaingan antara Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution Ismail sengit di Pulau Pinang, namun sebaliknya berlaku di Perak apabila bekas ahli Parlimen Pandan itu menang besar di negeri berkenaan.

Di Pulau Pinang, perebutan jawatan timbalan presiden PKR itu menyaksikan Rafizi menang di enam bahagian, manakala Saifuddin pula menang di tujuh bahagian.

Bagaimanapun, jumlah undi kekal menyebelahi Rafizi selepas memperoleh 2,926, sedikit mengatasi Saifuddin 2,708 undi.

Rafizi menang di Kepala Batas, Bagan, Permatang Pauh, Bukit Bendera, Jelutong dan Balik Pulau, manakala bekas setiausaha agung itu, menang di Tasek Gelugor, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Nibong Tebal, Tanjong, Bukit Gelugor dan Bayan Baru.

Di Perak, Rafizi menang 20 bahagian, seri di bahagian Telok Intan, manakala Saifuddin sekadar berpuas hati apabila menang tiga bahagian sahaja.

Rafizi memperoleh 6,213 undi sambil Saifuddin sekadar meraih 2,201 undi.

Kedua-dua calon masing-masing terikat 102 undi di Telok Intan.

Lebih menarik, di bahagian Bagan Serai, Rafizi menang dengan 802 undi, mengatasi Saifuddin hanya enam undi sahaja.

Perkembangan terbaharu ini menyaksikan Rafizi unggul mendahului dengan 60,517 undi, manakala Saifuddin, 45,448 dengan majoriti 15,069 undi.

Rafizi sedang mendahului saingan selepas menguasai Selangor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Pulau Pinang dan Perak.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon