You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Ruang siswa kongsi idea

Harian Metro logo Harian Metro 27/2/2022 Suliati Asri
SAN Shien berucap ketika merasmikan Karnival Pemimpin Muda UM 2022. © Provided by Harian Metro SAN Shien berucap ketika merasmikan Karnival Pemimpin Muda UM 2022. suliati@hmetro.com.my

BAGI memberikan ruang untuk mahasiswa dan mahasiswi mengembangkan kapasiti kepimpinan mereka, Persatuan Pemimpin Muda Universiti Malaya (UM) menganjurkan Karnival Pemimpin Muda UM, baru-baru ini.

Presidennya Lim San Shien berkata karnival yang anjurkan secara dalam talian itu disertai lebih 300 peserta terdiri daripada pemimpin belia dan pelajar universiti universiti tempatan dan juga negara lain termasuklah Singapura, Jepun, China, Thailand dan Indonesia.

Katanya ,walaupun diadakan secara dalam talian, pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuklah sesi sukan dan senamrobik, sesi suai kenal, Perhimpunan Agung Pemimpin Belia Antarabangsa, sesi persembahan dan debat.

"Karnival ini adalah untuk menyediakan platform kepada semua mahasiswa dan belia untuk berkongsi idea serta buah fikiran dengan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.

"Pembabitan peserta secara tidak langsung dapat melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah dan memperoleh peluang untuk mengenali pemimpin belia dari pelbagai negara dan universiti serta mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli," katanya.

Selain universiti dari Singapura, Jepun, China, Thailand dan Indonesia, turut mengambil bahagian adalah universiti awam dan swasta tempatan antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Pertahanan Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Teknologi Mara, Kolej Universiti Islam Malaysia, Kolej Pengajian Islam Johor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Kolej YPJ, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Pahang, Institut Pendidikan Guru, Universiti Malaysia Sabah, Monash University dan banyak lagi.

Secara keseluruhan, kata San Shien karnival terbabit berjaya mencapai kesemua objektif yang ditetapkan dan membuahkan hasil yang cukup positif dan memberangsangkan.

"Daripada setiap aktiviti yang dilaksanakan juga, kesemua peserta untuk memperoleh manfaat semasa hujung minggu mereka secara optimum disamping mempelajari cara untuk mempraktikkan gaya hidup yang seimbang.

"Melalui penyertaan dalam karnival ini juga, sudah tentu semua peserta dapat memperoleh pengetahuan, pendedahan dan pengalaman yang berharga untuk menjadi seorang pemimpin yang holistik," katanya.

"Persatuan Pemimpin Muda UM bertekad dan akan terus menganjurkan lebih banyak aktiviti pada masa akan datang, menyantuni masyarakat dan berkhidmat untuk negara dalam apa juga lapangan dan kapasiti," tambahnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon