You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

SPRM tidak tutup, henti siasat kes projek terowong dasar laut

Berita Harian logo Berita Harian 3/7/2020 Oleh Nur Izzati Mohamad
a man in a suit and tie: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki ditemui ketika lawatan kerja di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang, Jalan Sultan Ahmad Shah di sini. NSTP/DANIAL SAAD © Provided by Berita Harian Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki ditemui ketika lawatan kerja di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang, Jalan Sultan Ahmad Shah di sini. NSTP/DANIAL SAAD bhnews@bh.com.my

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan agensi itu tidak pernah menutup atau berhenti melakukan siasatan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata pihaknya sebelum ini sudah membuka lima kertas siasatan berhubung projek berkenaan dan tiada cadangan menutupnya bahkan siasatan masih berjalan seperti biasa.

"Kita akui siasatan kes ini berjalan agak perlahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan tetapi kita tidak pernah ada cadangan pun untuk menutup siasatan projek ini.

"Menurut pembentangan pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini, siasatan mereka sudah di peringkat akhir.

"Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin kemudian diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dalam tempoh dua ke minggu." katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Terdahulu, wujud dakwaan SPRM dikatakan membuka kembali siasatan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3bilion itu selepas berlaku peralihan kuasa antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN).

Tambah Azam, beliau mengikuti rapat kes projek terowong dasar laut itu sejak kertas siasatan dibuka pada 2017 dan penyiasatannya akan terus bersambung apabila menemui bukti baharu.

Ditanya mengenai sama ada akan terdapat lagi tangkapan membabitkan golongan kenamaan dalam kes berkenaan, Azam menyerahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

"Buat masa ini saya tidak menerima laporan lagi dari pegawai penyiasat untuk tangkap mana-mana pihak dan mana yang ditangkap pula kerana ada keperluan penangkapan itu dibuat.

"Tangkapan bergantung kepada pegawai penyiasat," katanya.

Jelasnya, seramai 32 saksi tambahan sudah diambil keterangan dalam tempoh lima hari ini untuk melengkapkan siasatan kes ini.

"Pada minggu hadapan pula 10 ke 15 lagi saksi relevan berkenaan projek itu akan diambil keterangan," katanya.

Selasa lalu, SPRM menahan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Jeffrey Chew Gim Eam selepas mengambil keterangan lelaki itu bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut.

Pada masa sama, SPRM juga mengadakan lawatan ke pejabat kerajaan negeri untuk bertemu dengan beberapa pemimpin termasuk Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) untuk melengkapkan siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon