You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Tak layan jika panggil tauke restoran mak cik

Harian Metro logo Harian Metro 24/6/2022 Agensi
FOTO HIASAN. © Provided by Harian Metro FOTO HIASAN.

Taipei: "Jangan panggil saya mak cik."

Itu amaran seorang pemilik restoran di Taiwan kepada pelanggan berusia 18 tahun ke atas yang mahu memasuki premisnya dan memesan makanan.

Wanita itu membuat gegantung khas bagi menyatakan ketegasan terhadap perkara itu dan ia terpampang di hadapan pintu masuk restorannya di daerah Zhongli, Taouyuan City.

Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalamannya memasuki restoran berkenaan pada 20 Jun lalu, yang mana dia tidak dilayan hanya kerana menggunakan panggilan mak cik.

Pengguna Facebook atas nama Fuyun Chen berkata, dia mahu memesan makanan sarapan iaitu ayam salai dengan bawang bersama susu sejuk, tetapi pesanannya langsung tidak dilayan.

Menurut laporan Taiwan News, seorang pelanggan restoran itu kemudian menunjukkan gegantung 'amaran' kepada Chen yang menjelaskan, "Bagi menjamin kualiti makanan, orang berusia 18 tahun ke atas diminta tidak memanggil pemilik dengan panggilan makcik."

Chen kemudian membuat cubaan kedua dengan menggunakan panggilan 'bos yang cantik' dan pemilik restoran itu melihatnya dan berkata, "gegantung berkenaan dibuat untuk awak."

Mengakhiri luahannya, Chen berkata, dia sangat berharap tidak menemui apa-apa yang pelik dalam sarapannya.

Insiden itu menerima pelbagai reaksi warganet yang berdebat mengenai panggilan yang sesuai untuk orang tidak dikenali.

Ada yang memaklumkan sukar meneka umur seseorang sekali gus menyulitkan penggunaan panggilan sesuai, manakala terdapat cadangan yang menyarankan orang membiasakan dengan panggilan 'Encik' dan 'Cik'.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon