You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Tiada ancaman tsunami di Malaysia - MET Malaysia

Berita Harian logo Berita Harian 30/7/2021 Siti Haliza Yusop
text, letter: - Foto hiasan © Provided by Berita Harian - Foto hiasan bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) tidak mengesan sebarang ombak tsunami di perairan Malaysia susulan gempa bumi di Semenanjung Alaska, semalam.

Ketua Pengarahnya, Jailan Simon, berkata pihaknya menafikan kejadian tsunami akan berlaku khususnya di Sabah disebabkan gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 pada skala richter.

"Sehingga kini tiada ombak tsunami dikesan oleh peralatan pemantauan ombak tsunami kami.

"MET Malaysia menafikan kejadian tsunami akan berlaku di Sabah malah gempa bumi kuat di Semenanjung Alaska itu sudah berlalu melebihi 12 jam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular di media sosial mengenai amaran tsunami yang didakwa dikeluarkan berikutan gempa bumi jam 2.15 petang di Semenanjung Alaska, semalam.

Mesej yang turut menimbulkan panik dalam kalangan orang awam itu, didakwa dikeluarkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) yang memberi amaran tsunami boleh sampai ke perairan Sabah dalam masa 12 jam selepas gempa bumi berkenaan berlaku.

Sehubungan itu Jailan menasihatkan orang awam untuk lebih berhati-hati berkongsi sebarang info atau video berkenaan kejadian gempa atau tsunami.

Katanya, maklumat berkaitan boleh didapati melalui laman web MET Malaysia di www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon