You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Trump haramkan TikTok di AS

Harian Metro logo Harian Metro 5 days ago AFP
a close up of a sign © Provided by Harian Metro

Washington: Presiden Donald Trump mengharamkan aplikasi TikTok dari China di Amerika Syarikat (AS) dengan tindakan secepat Sabtu sama ada menerusi kuasa ekonomi kecemasan atau perintah eksekutif.

"Sejauh mana kita bimbangkan mengenai TikTok, kami mengharamkannya dari Amerika Syarikat," katanya kepada wartawan ketika berada dalam Air Force One pada Jumaat.

Media menjangkakan Trump akan mengarahkan operasi aplikasi itu di AS supaya dilupuskan daripada firma induk, ByteDance dari China namun, sebaliknya berlaku.

Tindakan Trump menyusul selepas penilaian Jawatankuasa Pelaburan Asing (CFIUS) di Amerika Syarikat, yang menyiasat sebarang kesepakatan yang mempengaruhi keselamatan negara itu.

Pembuat dasar dan pihak berkuasa AS, akhir-akhir ini membangkitkan kebimbangan bahawa platform video popular aplikasi itu digunakan Beijing untuk tujuan jahat tetapi dinafikan pihak syarikat yang menolak sebarang kaitan dengan kerajaan China.

TikTok sangat popular dalam kalangan penonton muda yang membuat dan menonton video pendek, yang ketika ini mempunyai bilion pengguna seluruh negara.

Dalam pada itu, pengendali aplikasi itu enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata yakin dengan kejayaan berterusan TikTok.

"Ratusan juta orang melayari TikTok untuk hiburan dan hubungan, termasuk komuniti pencipta dan artis kami yang mencari rezeki menggunakan platform ini."

Syarikat itu pada minggu ini menjanjikan tahap ketelusan yang tinggi, termasuk membenarkan tinjauan algoritma untuk jaminan pengguna dan pengawal selia.

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Kevin Mayer dilapor berkata, mereka tidak berpolitik, bahkan tidak membenarkan iklan berunsur politik atau menyimpan apa-apa agenda.

"Objektif utama kami adalah kekal jadi platform bersemangat, dinamik untuk semua orang berhibur," katanya.

Ketua Program Polisi Teknologi di Pusat Strategik dan Kajian Antarabangsa, James Lewis berkata, pihak berkuasa AS di bawah CFIUS mempunyai kuasa untuk melepaskan pemerolehan yang diluluskan sebelum ini dan ia tindakan sama pernah dilakukan AS pada 2019 terhadap aplikasi temujanji Grindr selepas ia dibeli syarikat China.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon