You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Zaid kembali ke pangkuan Umno

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 16/9/2022 FMT Reporters
Zaid Ibrahim berkata beliau menyertai semula Umno hanya untuk membantu parti itu. © Provided by Free Malaysia Today Zaid Ibrahim berkata beliau menyertai semula Umno hanya untuk membantu parti itu.

PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim kembali ke pangkuan Umno selepas meninggalkan parti itu kira-kira 14 tahun.

Selepas meninggalkan Umno, peguam itu pernah menyertai dua parti pembangkang.

Zaid baru-baru ini mewakili Najib Razak dalam rayuan bekas perdana menteri itu terhadap sabitan dan hukuman kes SRC International.

Beliau menyerahkan permohonan keahliannya semasa taklimat khas Umno yang diadakan di ibu pejabat parti itu bulan lalu, menurut The Star.

“Niat saya hanya untuk membantu Umno. Saya sudah bersara dan tidak ada banyak kerja.

“Saya kini tidak terlalu sibuk dan saya kembali kepada parti, saya boleh membantu,” Zaid dipetik sebagai berkata.

Zaid berkata, beliau ingin membantu Umno melakukan pembaharuan ‘dari dalam’, sambil menambah rakan-rakan sebelum ini berkata sukar untuk membawa perubahan dari luar.

“Akhirnya, saya rasa lebih baik saya bersama Umno walaupun reformasi mungkin mengambil masa lama,” katanya.

Zaid menyertai Umno pada 2000. Beliau memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya umum 2004, tetapi digugurkan sebagai calon pada PRU 2008.

Beliau digantung keahlian daripada Umno pada 2008 dan menyertai PKR pada 2009, yang hanya bertahan setahun sebelum keluar parti itu.

Pada 2010, Zaid menubuhkan Kita tetapi meletak jawatan sebagai ketuanya dua tahun kemudian.

Pada 2017 beliau menyertai DAP tetapi meninggalkan parti itu tiga tahun kemudian.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon