You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Amyza Aznan dan peguam langgar etika guaman

Harian Metro logo Harian Metro 3/7/2020 Najiy Jefri
a group of people on a newspaper: LAPORAN Harian Metro mengenai Amyza Aznan dan Zarina Anjoulie. © Provided by Harian Metro LAPORAN Harian Metro mengenai Amyza Aznan dan Zarina Anjoulie. najiy.jefri@hmetro.com.my

KEDATANGAN mengejut pelakon Amyza Aznan dan peguamnya ke firma guaman Tetuan Nurul Hafidzah and Associates, Advocates and Solicitors kelmarin bersama pihak media menyalahi etika guaman.

Firma guaman terbabit dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak menerima sebarang temu janji daripada Amyza dan peguamnya ketika ketiadaan rakan kongsi utama, Nurul Hafidzah Hassan.

"Defendan, Amyza Aznan dan peguamnya mengarah dan mendesak serahan saman dilakukan di hadapan wakil media bagi kes saman fitnah anak guam kami, Zarina Anjoulie. Kehadiran mengejut bersama pihak media mengundang kesangsian pihak kami.

"Prosedur penyerahan saman terbabit sudah dipenuhi mengikut kaedah mahkamah. Oleh kerana Amyza diwakili peguam, urusan penyerahan perlu dilakukan secara teratur.

"Peguam Amyza perlu secara rasmi berhubung dengan firma kami dan memaklumkan mengenai perwakilan untuk dimaklumkan kepada mahkamah. Bagaimanapun, peguam beliau tidak pernah menulis kepada kami mengenai pelantikannya," katanya.

Menurut firma terbabit, pihaknya akan menulis surat kepada mahkamah berkenaan tindakan Amyza bersama peguamnya itu.

"Dari segi etika guaman, perbuatan mereka boleh diadukan ke Badan Peguam Malaysia. Ini adalah kali pertama firma kami berhadapan dengan pihak defendan dan peguam yang membuat tindakan sedemikian.

"Semua kertas kausa sudah dihantar kepada Amyza pada 24 dan 26 April lalu dan serahan notis dihantar pada 2 Jun lalu mengikut prosedur undang-undang. Insiden sebegini, di antara peguam, boleh dielak dan sudah menjadi pemahaman industri guaman mengenai tatacara berhubung sesama peguam dan etika berurusan adalah penting bagi profesion terhormat ini," katanya.

Kelmarin, Amyza bersama peguamnya Mohammed Nasser Yusof dan Mohamad Fauzi Abd Samad hadir ke pejabat Messrs Nurul Hafidzah & Associates di Shah Alam, Selangor bagi menghantar notis tuntutan.

Amyza menuntut permohonan maaf dan ganti rugi sejumlah RM5 juta terhadap peguam kepada Zarina iaitu Nurul Hafidzah Hassan kerana mengeluarkan kenyataan media berunsur fitnah.

Nasser mendakwa tindakan Hafidzah mengeluarkan kenyataan media dan ia disiarkan dalam sebuah artikel dan diulang siar di Instagram pada 16 April lalu jelas merosakkan reputasi Amyza sebagai anak seni.

Bagaimanapun ketika notis dihantar, Hafidzah tidak berada di pejabat dan diserahkan kepada kakitangan syarikat berkenaan.

Sebelum ini, Zarina melalui peguamnya sudah menghantar dua surat tuntutan berasingan terhadap Emelda Rosaila dan Amyza yang menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta, iaitu tuntutan RM3 juta daripada Amyza dan RM1 juta daripada Emelda.

Amyza dikatakan berdiam diri sehingga peguam yang mewakili Zarina, Nurul Hafidzah mengesahkan Amyza gagal memasukkan kehadiran di mahkamah sejak saman difailkan.

Berita berkaitan

Amyza Aznan tuntut RM5 juta [METROTV]

Pendengaran permohonan Zarina Anjoulie 10 Julai [METROTV]

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon