You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Honor X8 ditambah 5G, korban banyak perkara untuk kekal harga bawah RM1,000

Soya Cincau BM logo Soya Cincau BM 4 days ago Najib

Untuk memastikan peminat sentiasa teruja dengan jenama Honor, mereka hari ini mengumumkan kedatangan satu telefon pintar baru, Honor X8 5G. Ia sebenarnya adalah telefon yang hampir serupa dengan Honor X8 yang dilancarkan awal tahun ini, diberi sedikit peningkatan dan banyak penurunan.

Harga dan tarikh jualan

Honor X8 5G akan mula dijual di Malaysia pada 8 Ogos 2022. Hanya ada satu varian dijual dan harga rasminya adalah seperti berikut:

  • Honor X8 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM999
© Provided by Soya Cincau BM

Ini adalah kenaikan RM100 berbanding Honor X8 4G, yang memiliki RAM dan storan yang serupa.

Di samping itu, pembeli terawal Honor X8 5G akan menerima beberapa hadiah percuma. Pembelian dari 8-10 Ogos 2022 di Stor Rasmi Honor Malaysia di laman web, serta di Lazada dan Shopee akan mendapat beg simpanan Honor dan jaminan tambahan tahun kedua.

© Provided by Soya Cincau BM

Terdapat dua warna pilihan ditawarkan untuk Honor X8 5G iaitu Hitam dan Biru.

Spesifikasi Honor X8 5G

Walaupun nama serupa, Honor X8 5G sebenarnya ada banyak perbezaan dengan Honor X8 4G. Untuk menyokong 5G, ia dilengkapi cip Snapdragon 480 Plus. Cip ini sebenarnya ada prestasi lebih tinggi daripada cip Snapdragon 680 di Honor X8 4G. RAM di dalamnya sebanyak 6GB, dengan storan 128GB serta menerima kad mikroSD sehingga 1TB.

© Provided by Soya Cincau BM

Skrin pula lebih kecil, dari 6.7-inci HD Penuh di versi 4G kepada 6.5-inci HD 720p di versi 5G. Ia masih jenis LCD dan kadar penyegaran 60Hz, pengimbas capjari ada di sisi, bersama butang kuasa.

Paparan ini juga bertakuk kecil di atas, memuatkan kamera hadapan 8MP. Di belakang, ia ada kamera utama 48MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP.

© Provided by Soya Cincau BM

Menariknya, walaupun skrin Honor X8 5G lebih kecil, ia dilengkapi bateri lebih besar iaitu 5,000mAh. Kuasa pengecas serupa, iaitu 22.5W Honor SuperCharge menerusi USB-C.

Honor Siri X sering diwar-warkan sebagai telefon yang sangat tahan lasak. Honor X8 5G telah lulus ujian seperti menahan beban sehingga 70kg, serta cuaca ekstrem dari sedingin -40°C hingga panas setinggi 70°C.

More From Soya Cincau BM

Soya Cincau BM
Soya Cincau BM
image beaconimage beaconimage beacon