You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

'Itu kawan-kawan sahaja, kekasih biar rahsia'

Harian Metro logo Harian Metro 5 days ago Georgie Joseph
a group of people posing for a photo: ZULIN (tengah) memuat naik foto di Instagram beraya bersama rakan termasuk seorang jejaka memakai baju sedondon. FOTO ihsan IG © Provided by Harian Metro ZULIN (tengah) memuat naik foto di Instagram beraya bersama rakan termasuk seorang jejaka memakai baju sedondon. FOTO ihsan IG georgie@hmetro.com.my

TINDAKAN pelakon Zulin Aziz, 31, memuat naik foto di Instagram beraya bersama rakan termasuk seorang jejaka memakai baju sedondon dengannya nyata mencetuskan teka-teki ramai sama ada itu kekasih baharunya.

Zulin atau nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz bagaimanapun, berkata foto itu bukan berniat mengundang sebarang spekulasi, sebaliknya hanya sekadar perkongsian biasa.

"Kawan-kawan sajalah. Itupun ramai sudah cuba cari tahu dan tertanya-tanya. Namun, sekarang saya kena ambil prinsip berjaga-jaga jikalau hendak menayang sudah ada kekasih atau belum.

"Maklum sajalah, selama ini saya kerap dikaitkan dengan kisah percintaan sehingga orang pun muak. Saya memang berkawan sahaja dengan sesiapa sekarang dan takkan pernah sekali menolak jika tersangkut jodoh.

"Saya berbuat demikian, disebabkan kita tak tahu di luar sana bukan semua suka lihat kita gembira. Orang mungkin boleh teka dalam hati, tapi biarlah saya simpan sendiri sahaja kalau menyentuh soal kekasih," katanya.

Pelakon Cekelet Semanis Honey itu turut mengakui pendekatan sebegitu adalah yang terbaik untuknya memandangkan dia kerap gagal dalam hubungan cinta sebelum ini.

"Soal mengenai hubungan cinta saya, terlalu ramai yang ambil perhatian sebelum ini. Sekarang, saya tak mahu lagi nak bercerita sangat, kerana lebih baik fokus kepada aspek kerjaya saya yang lain.

"Saya akui pengalaman lalu jadi pengajaran dan jika benar sudah ketemu kekasih, saya tidak mahu terbuka mengenainya. Tunggu sajalah kad jemputan perkahwinan sampai," katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan terbarunya pula, Zulin bersyukur usaha untuk menurunkan berat badan selama lebih setahun berbaloi apabila tawaran demi tawaran diterima dalam kerjaya seni.

"Selama lebih setahun, saya asyik menolak tawaran kerana mahu turunkan berat badan. Sekarang, tawaran itu sendiri datang tanpa saya jangka dan semestinya memang sangat bersyukur.

"Sewaktu masih berisi, saya akui asyik dapat tawaran watak lakonan yang stereotaip iaitu karakter lucu. Akhirnya, kini saya dapat juga satu watak berat yang tak pernah dilakonkan sebelum ini tidak lama lagi," katanya.

Terdahulu, Zulin pernah dikaitkan 'bercinta' dengan beberapa selebriti lelaki iaitu Ariz Forteen, Ahya Rosli serta Ikhlas Jalil. Bahkan, pada 2017 lalu Zulin pernah mendedahkan perkahwinannya dibatalkan.  

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon