You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Kafe Setable bukan lagi milik Syamel dan Ernie Zakri

Harian Metro logo Harian Metro 5 days ago Sudirman Mohd Tahir & Syafil Syazwan Jefri
a person standing in front of a car © Provided by Harian Metro am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Kafe Setable kini bukan lagi diuruskan oleh kami kerana ia sudah dijual kepada pemilik lain tetapi masih menggunakan nama sama."

Demikian kata penyanyi, Syamel mengenai Kafe Setable yang diusahakan bersama isterinya, Ernie Zakri sejak hujung tahun lalu yang kini sudah berpindah milik.

Syamel ketika dihubungi berkata, perniagaan itu sebelum ini diuruskan bersama tiga individu lain selaku rakan kongsi, namun terpaksa ditutup kerana tidak ada persefahaman.

"Selain kami, ada tiga rakan kongsi lain dan ada percanggahan pendapat antara kami. Jadi, kami semua membuat keputusan untuk menjual saja kafe itu memandangkan ada pembeli," katanya.

Syamel berkata, dia dengan Ernie sudah tidak ada kaitan dengan perniagaan itu dan Kafe Setable sudah berpindah milik.

"Sebenarnya masih ada yang tak tahu dan menghubungi kami untuk bertanya atau memaklumkan apa-apa yang berkaitan dengan Kafe Setable. Jadi, saya harap dengan pendedahan ini semua pihak dapat faham," katanya.

Sementara itu, Ernie berkata, kini mereka memberi tumpuan kepada perniagaan keropok lekor yang diusahakan.

"Sekarang, tumpuan kami adalah perniagaan Lekos Crispy dan kami jual secara dalam talian. Setakat ini, kami ada perancangan untuk tambah beberapa cawangan di beberapa negeri. Namun, ia mungkin akan dijalankan selepas Sekatan Pergerakan Penuh (SPP)," katanya.

Tamat

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon