You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Ketahui 3 minuman yang mampu 'meroket' kadar kolesterol dalam badan

Sinar Plus logo Sinar Plus 15/11/2021 Nurul Fadila Awaludin

PENJAGAAN kesihatan penting bagi memastikan tubuh badan kekal bertenaga dan bebas daripada segala penyakit.

Meskipun kata pepatah malang tidak berbau, namun langkah berjaga-jaga boleh diambil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Begitu juga dengan kesihatan tubuh badan yang berkemungkinan perlu berhadapan dengan penyakit kronik seperti serangan jantung, diabetes atau mengundang sejumlah besar kolesterol jahat.

Sedikit maklumat ringkas, kolesterol merupakan lemak yang berada di dalam darah. Tubuh sememangnya memerlukan kehadiran kolesterol dalam badan, tetapi dengan jumlah optimum. Hal ini kerana organ manusia, hati turut menghasilkan 1 gram (g) kolesterol pada setiap hari.

Memetik Kompas.com, satu kajian kesihatan telah mendapati individu yang kerap mengambil minum berkarbonat dan protein mengandugi 4 kalori per g.

Dianggarkan kandungan satu tin minuman berkarbonat sebanyak 250 mililiter bersamaan 250 g. Sekitar 250 g itu didarab dengan 4 kalori, ini bermaksud korang sudah mengambil 1000 kalori untuk satu tin minuman.

Penambahan jumlah kalori dalam badan secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya peningkatan berat badan.

Berikut penjelasan tiga jenis minuman yang mampu membuatkan peningkatan kolestrol dalam badan:

1. Susu kocak

© Provided by Sinar Plus Tidak dinafikan kanak-kanak dan remaja amat menggemari minuman susu kocak atau dipanggil milkshake. Bagaimanapun, golongan dewasa juga tidak ketinggalan untuk menikmati minuman ini.

Namun, kekerapan mengambil minuman ini akan menyebabkan kadar kolesterol berada pada tahap berbahaya. Disebabkan kandungan lemak yang tinggi, susu kocak tergolong dalam senarai kolesterol jahat atau Low Density Liporotein (LDL).

Lebihan kolesterol LDL akan berkumpulan dalam pembuluh darah dan mengakibatkan radang. Sebaiknya gantikan minuman susu kocak dengan jus buah-buahan yang lebih segar atau campuran yogurt rendah lemak.

Berbeza dengan High Density Lipoprotein (HDL) yang merupakan kolesterol baik yang akan membuang LDL di saluran darah sekali gus menjaga memelihara jantung.

2. Kopi tanpa penapis

© Provided by Sinar Plus Sebahagian kita menjadikan minuman kopi sebagai sumber tenaga pada setiap hari. Namun, air kopi yang tidak ditapis dipercayai turut menyebabkan kadar kolestrol meningkat. Jadi sebaiknya tapis dahulu kopi tersebut.

3. Minuman ringan atau berkarbonat

© Provided by Sinar Plus Amalan minum minum berkarbonat akan menyebabkan kandungan kolesterol dalam badan meningkat dengan mendadak. Jadi bagi mengelakkan hal itu, tinggalkan atau kurangkan tabiat tersebut.

Berdasarkan kajian Persatuan Jantung Amerika Syarikat, individu yang mempunyai kadar kolesterol tinggi berpunca daripada sikap mereka yang gemar mengamalkan minuman ringan.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

The post Ketahui 3 minuman yang mampu 'meroket' kadar kolesterol dalam badan appeared first on Sinar Plus.

More from Sinar Plus

image beaconimage beaconimage beacon