You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Kritik ‘Cowok Baru’, Baby Shima ‘tak koyak’ walau disaman Aliff Syukri (VIDEO)

Projek MM logo Projek MM 27/8/2019 Aliff Fikri Aziz
a woman standing next to a body of water: Baby Shima pelik mengapa Aliff Syukri sanggup membuat video mengutuk dirinya. — Foto ihsan Instagram/Baby Shima Official © Provided by Malay Mail Sdn Bhd Baby Shima pelik mengapa Aliff Syukri sanggup membuat video mengutuk dirinya. — Foto ihsan Instagram/Baby Shima Official

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Penyanyi Baby Shima kesal dengan sikap Datuk Seri Aliff Syukri yang menghina beliau gara-gara menegur lagu terbaru jutawan kosmetik.

Baby Shima, nama asal Nor Ashima Ramli, 26, pelik mengapa pengasas D’Herbs cepat melatah hingga sanggup membuat video mengutuk dirinya.

“Datuk nak saman? Silakanlah Datuk, sikit pun saya tak ‘koyak’. Kalau nak saman, pergilah. Saya tak takut. Sebab apa saya tak takut? Sebab saya tak bersalah dalam hal ini,” kata pemenang pendatang baru popular Anugerah Dangdut Indonesia 2017.

“Saya tak faham dengan Datuk, awak minta pendapat orang lain dengan jujur, bila orang komen secara jujur awak mula ‘koyak’. Saya komen sikit saja, dengan orang lain tak pula awak meroyan, kenapa awak ‘hentam’ saya habis-habisan.”

Minggu lalu, Aliff menerbitkan lagu baru berjudul Cowok Baru yang turut menampilkan penyanyi Indonesia Lucinta Luna dan Upiak Usil.

Dalam hantaran di Instagram, Aliff meminta orang ramai memberi ulasan jujur selepas mendengar lagu berkenaan sebelum beliau tidak berpuas hati dengan teguran penyanyi Makan Hati.

Pada 24 Ogos lalu, Aliff membuat klip video khusus melalui akaun YouTube mengutuk Baby Shima yang kini menetap di Jakarta.

Replay Video

Dalam klip tiga minit enam belas saat, beliau turut memaparkan rakaman lama ratu dangdut tanah air dMas Idayu memarahi Baby Shima dalam satu pertandingan.

More From Projek MM

image beaconimage beaconimage beacon