You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

'Misi Gaza guna duit sendiri, bukan derma'

Berita Harian logo Berita Harian 21/7/2021 Safeek Affendy Razali
a group of people posing for the camera: Ebit Lew selepas membuat laporan polis berkaitan isu bantuan kemanusiaan Gaza di IPD Dang Wangi hari ini. - Foto NSTP/ Mohd Yusni Ariffin © Provided by Berita Harian Ebit Lew selepas membuat laporan polis berkaitan isu bantuan kemanusiaan Gaza di IPD Dang Wangi hari ini. - Foto NSTP/ Mohd Yusni Ariffin safeek@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pendakwah Ebit Lew menjelaskan bahawa segala kos perbelanjaan misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, Palestin, adalah menggunakan wangnya sendiri bukannya daripada kutipan mana-mana tabung derma.

Beliau menyatakan perkara itu bagi menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyatakan dia membazirkan kos tertentu hasil sumbangan terhadap misi berkenaan untuk masuk ke Gaza.

"Saya pergi dengan duit saya sendiri dan tak pernah buka satu tabung pun untuk misi berkenaan.

"Bagaimanapun, apabila ada pihak yang menyatakan sebaliknya maka saya anggap ini sebagai ujian dari Allah SWT," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, petang tadi.

Replay Video

Beliau yakin perkara untuk memburuk-burukkan niat baik pasukan bantuannya itu tidak akan berkesudahan sampai bila-bila.

"Niat kami bersama sahabat-sahabat saya adalah membantu rakyat di Gaza, Palestin dan tak pernah ada satu tabung pun diwujudkan.

"Segala kos dan perbelanjaan adalah menggunakan duit saya sendiri," katanya.

Berita berkaitan:

  • Ebit Lew buat laporan polis
  • Ebit Lew akan buat penjelasan terperinci esok
  • © New Straits Times Press (M) Bhd

    More From Berita Harian

    image beaconimage beaconimage beacon