You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

PROMO: Galaxy A73 ada diskaun RM400, telefon terbaik Samsung di bawah RM2,000 sekarang

Soya Cincau BM logo Soya Cincau BM 16/3/2023 Najib

Samsung baru sahaja melancarkan barisan baru telefon kelas pertengahan iaitu Galaxy A34 dan Galaxy A54. Sayang sekali, tiada Galaxy A74 diumum kerana Samsung khabarnya mahu memberi laluan kepada Galaxy S23 FE kerana harga dan spesifikasi yang agak sama.

Jika anda mahu peranti yang agak besar tetapi tidak terlalu mahal, Galaxy A73 yang dilancar tahun lepas kini ada promosi diskaun RM400. Harga asal Galaxy A73 adalah RM2,099 tetapi kini boleh dibeli pada harga RM1,699 sahaja.

Promosi ini diumumkan oleh Samsung Malaysia di laman web rasmi mereka. Tetapi jualannya bukanlah di laman tersebut, sebaliknya ditawarkan oleh pengedar sah Samsung iaitu KTS Cellular. Ia ditawarkan dari 13 Mac sehingga 30 April 2023.

© Provided by Soya Cincau BM

Untuk mendapatkan diskaun RM400 ini, mereka yang berminat perlu pergi ke laman web KTS Cellular dan produk Galaxy A73. Kemudian masukkan kod baucar PROMOA73 di laman checkout sebelum membayar. Pastikan harga RM1,699 dipapar, barulah buat bayaran.

Terdapat tiga warna ditawarkan iaitu hitam, putih dan hijau. Untuk perbandingan, harga rasmi Galaxy A53 256GB sekarang adalah RM1,699. Diskaun RM400 di Galaxy A73 menjadikannya sama harga dengan Galaxy A53, dengan kelebihan kamera 108MP dan skrin lebih besar.

© Provided by Soya Cincau BM

Spesifikasi Galaxy A73 5G

Telefon terbaik untuk siri Galaxy A tahun lepas ini dikuasakan cip Sandpragon 778G 5G. Ia hadir bersama RAM 8GB dan storan 256GB, dengan keupayaan menambah RAM maya serta meluaskan storan menerusi kad mikroSD.

© Provided by Soya Cincau BM

Galaxy A73 juga adalah peranti yang agak besar, memiliki skrin berukuran 6.7-inci Super AMOLED+ HD Penuh dengan kadar penyegaran 120Hz. Terdapat lubang kecil di dahi, memuatkan kamera hadapan 32MP F2.2.

Untuk kamera belakang, ada sedikit naik dan turun tarafnya. Kenaikan adalah kamera utama menjadi 108MP F1.8 OIS. Penurunan pula tiada lagi kamera telefoto. Tiga kamera lain adalah kamera ultra lebar 12MP F2.2, kamera makro 5MP dan kamera potret 5MP F2.2. Empat kamera yang sama dengan Galaxy A53.

© Provided by Soya Cincau BM

Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 25W USB-C. Tiada pengecasan wayarles. Speakernya stereo dan ia kalis air serta debu IP67.

Telefon ini dilancar dengan sistem operasi (OS) One UI 4, berasaskan Android 12 dan Samsung menjanjikan kemaskini OS sebanyak 4 kali serta kemaskini keselamatan selama 5 tahun. Jadi, Galaxy A73 akan mendapat OS sehingga Android 16.

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan

More From Soya Cincau BM

Soya Cincau BM
Soya Cincau BM
image beaconimage beaconimage beacon