You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Puasa kantoi dek durian

Harian Metro logo Harian Metro 12/4/2021 Syafil Syazwan Jefri
a woman smiling for the camera: WANY Hasrita © Provided by Harian Metro WANY Hasrita syafil.syazwan@hmetro.com.my

Tahun ini, Ramadan hadir dalam situasi pandemik lagi. Walaupun sambutannya sedikit berbeza, namun kemeriahannya tetap dapat dirasai.

Mengiringi kemeriahan Ramadan, kenangan dan memori masa silam akan sentiasa muncul dalam ingatan.

Bagi penyanyi, Wany Hasrita, kehadiran bulan Ramadan membawa banyak kenangan dan pengalaman mencuit hati buatnya.

"Saya mula berpuasa ketika berusia 12 tahun. Banyak sebenarnya pengalaman mencuit hati kalau kita bercakap mengenai bulan Ramadan.

"Ada satu pengalaman yang mencuit hati dan sampai ke hari ini masih segar di ingatan saya. Ia berkaitan dengan durian," katanya.

Berkongsi mengenai pengalaman lucu itu, Wany berkata, dia pernah ponteng puasa ketika zaman kanak-kanaknya.

"Ada satu hari, saya buka peti sejuk dan ternampak buah durian. Baunya benar-benar memikat perhatian saya. Jadi, saya curi-curi makan satu ulas.

"Dah lepas makan, saya buang biji durian itu jauh-jauh di belakang rumah," katanya.

Mengingat kenangan itu, Wany berkata dia bagaimanapun tak mampu mengelak daripada 'terkantoi'.

"Bau durian itu memang kuat. Jadi, walaupun saya curi-curi makan, saya memang tak boleh nak sembunyi. Jadi, tak pasal-pasal 'kantoi'," katanya.

Mak Jah terkenang zaman susah

Bagi pelakon veteran, Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad, Ramadan membawa banyak makna buatnya.

"Setiap kali hadirnya Ramadan, Mak Jah akan terkenangkan zaman kanak-kanak ketika bersama ibu. Keluarga Mak Jah bukanlah keluarga yang senang.

"Ada satu hari, Mak Jah teringin nak makan pisang dalam bulan Ramadan. Jadi, Mak Jah sampaikan hasrat itu kepada arwah ibu.

"Namun, ibu cuba cari duit dalam tin yang menjadi tempat simpanan duit. Namun, jumlahnya tak mencukupi," katanya.

Kini, memiliki 11 cucu dan enam cicit menjadikan sambutan Ramadan dan Aidilfitri Mak Jah tidak sunyi.

"Insya-Allah kalau ada peluang mereka akan bersama Mak Jah meraikan Ramadan dan Aidilfitri," katanya.

Jeffrydin curi-curi minum air

Bagi penyanyi legenda, Datuk Jeffrydin, dia sentiasa terkenangkan rakan-rakannya yang sudah kembali ke Rahmatullah.

"Bila kenangkan kenangan bersama rakan-rakan saya sewaktu di Singapura, banyak kenangan manis bersama mereka lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

"Namun, ramai dalam kalangan mereka sudah kembali ke Rahmatullah dan rasa seperti tak lengkap," katanya.

Ditanya mengenai pengalaman mencuit hati, Jeffrydin yang mula berpuasa sejak usia lapan tahun juga pernah ponteng puasa.

"Pernah sekali nenek saya dapat tahu saya curi-curi minum air dalam bulan Ramadan. Saya sanggup berhenti di tepi jalan dan minum sebab terlalu haus.

"Memang kalau saya ingat semula, saya akan sentiasa ketawa sendiri," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon