You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Bahasa Melayu mampu jadi penyampai ilmu Sains, Matematik

Berita Harian logo Berita Harian 19/4/2018 Oleh Zuhainy Zulkiffli

bhsastera@bh.com.my

GEORGETOWN : Persoalan kesesuaian bahasa Melayu untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sains serta Matematik tidak sepatutnya timbul.

Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Yusof Othman, berkata mata pelajaran terbabit adalah berkonsepkan pemahaman.

Katanya, ia lebih kepada cara melahirkan insan yang gemar berfikir daripada individu yang suka menggunakan medium teknologi.

"Tiada sebarang kajian pun yang menegaskan bahasa Melayu tidak mampu digunakan dalam dua subjek itu," katanya pada Ceramah Umum Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu: Keberterimaan Istilah Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu di Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang, di sini.

a group of people standing around a table: KHALID (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Abdul Adzis sambil diperhatikan Mohd Yusof selepas Ceramah Umum Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu: Keberterimaan Istilah Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu di IPG Kampus Pulau Pinang, Georgetown, baru-baru ini. - Foto Zuhainy Zulkifli © Provided by Media Prima KHALID (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Abdul Adzis sambil diperhatikan Mohd Yusof selepas Ceramah Umum Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu: Keberterimaan Istilah Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu di IPG Kampus Pulau Pinang, Georgetown, baru-baru ini. - Foto Zuhainy Zulkifli

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM), Datuk Abdul Adzis Abas dan Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang, Khalid Ahmad.

Mohd Yusof berkata, negara seperti Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia dan New Zealand menggunakan bahasa Inggeris kerana mempunyai kaitan dengan sejarah kolonial Inggeris.

"Negara seperti Perancis, Jerman, Itali dan Switzerland pula masih menggunakan bahasa masing-masing sebagai jati diri.

"Diharapkan kerajaan dapat mengangkat bahasa Melayu ke tahap tersendiri dan jika politik hari ini memecahbelahkan bahasa, ia amat mengecewakan.

Hebat kerana berilmu

"Kita tidak boleh berasa hebat apabila (semata-mata) kita berbahasa Inggeris kerana kehebatan yang sebenar adalah kerana kita berilmu," katanya.

Sementara itu, Abdul Adzis berkata, ceramah itu diharap dapat memupuk semangat patriotisme dan perpaduan pada peringkat nasional, sekali gus memperluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.

"Pada masa sama, bahasa Melayu ini sendiri mempunyai nilai kesusasteraan dan agama yang wajar dipelihara," katanya.

Ceramah dwitahunan anjuran DBP sejak 1999 itu, disertai kira-kira 650 pensyarah dan bakal guru.

Ia bertujuan menyebarluaskan maklumat mengenai fungsi, peranan dan tanggung jawab JKTBM.

Hasrat JKTBM juga mahu bakal guru didedahkan dengan Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM).

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon