You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

'Biar kurus sampai hujung tahun!'

Harian Metro logo Harian Metro 21/8/2018 Syafil Syazwan Jefri

syafil.syazwan@hmetro.com.my

PELAKON, Saharul Ridzwan, 29, perlu kekal kurus sehingga penghujung tahun ini bagi memastikan kesinambungan karakter yang dibawakannya dalam beberapa drama dan telefilem lakonannya.

“Kebanyakan drama dan telefilem yang saya terima memerlukan saya berada dalam keadaan kurus sejak Ramadan lalu sehinggalah penghujung tahun ini,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah pelakon drama bersiri yang menjadi fenomena, Jangan Benci Cintaku itu lagi, dia tidak kisah untuk mengubah penampilan dan bentuk badannya sekiranya itu yang diminta oleh pengarah.

a man sitting on a table: Saharul mahu kurus sampai hujung tahun. FOTO IG © Provided by Media Prima Saharul mahu kurus sampai hujung tahun. FOTO IG

“Saya okay saja sekiranya diminta untuk menaikkan atau menurunkan berat badan. Nak tunggu filem, belum ada rezeki. Jadi, saya buat untuk drama dan telefilem dulu,” katanya.

Ditanya sama ada sukar untuknya tampil kurus seperti gambar terbaru yang dimuat naik ke Instagramnya, Saharul mengakui ia tidak sukar.

“Saya tahu metabolisma badan saya, jadi tak sukar untuk saya turunkan berat badan. Saya akan makan makanan yang boleh membuatkan badan saya susut.

“Dari sudut kesihatan, kalau caranya betul, tidak ada kesan buruk. Tapi, pastikan anda mendapat nasihat daripada mereka yang pakar.

“Satu lagi, mental perlu kuat. Kalau tidak, tak akan menjadi,” katanya.

Secara keseluruhan, Saharul dikenali sebagai pelakon lelaki berotot kehilangan berat badan sekitar lima kilogram.

Bentuk badan kurus ini disesuaikan untuk drama Terlanjur Mencintaimu 2, telefilem Sahur Terakhir dan drama Mawar Murni. Selepas ini, dia akan teruskan penggambaran drama bersiri sebanyak 60 episod pula.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon