You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Daim: Hutang negara cerita lama, menteri perlu fokus tunai janji PRU14

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 22/12/2018 Mohamad Fadli
a man in glasses looking at the camera: Daim Zainuddin memberi amaran rakyat mungkin menolak PH, jika gagal menunaikan janji dalam manifesto PRU14. © Provided by FMT MEDIA SDN BHD Daim Zainuddin memberi amaran rakyat mungkin menolak PH, jika gagal menunaikan janji dalam manifesto PRU14.

HULU SELANGOR: Tun Daim Zainuddin yang pernah mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan meminta menteri berhenti mengulangi kenyataan berhubung beban hutang yang ditanggung negara dan memfokuskan usaha melaksanakan janji dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, rakyat akan jemu dengan tindakan pemimpin Pakatan Harapan mengungkit masalah dihadapi kerajaan setiap hari.

“Menteri mesti selesaikan masalah. Semua tahu masalah, tapi kalau mahu cerita hari-hari, kita pun jemu.

“Rakyat tak nak dengar pasal hutang, itu cerita lama. Tapi kerajaan perlu perbetulkan, itu soal pengurusan.

“Kalau kerajaan kata ada hutang, itu soal kerajaan, kerajaan kena bayar. Rakyat hanya tahu harga mesti turun, pendapatan mesti meningkat, ini tanggungjawab kerajaan,” katanya ketika menemui penduduk Felda di Felda Sungai Tengi, hari ini.

Bekas menteri kewangan itu memberi amaran rakyat mungkin menolak PH, jika gagal menunaikan janji dalam manifesto PRU14.

“Boleh buat, bukan tak boleh buat. Tumpukan perhatian pada manifesto ini. Mungkin perlu sedikit masa, tapi perhatian perlu diberikan.

“Jika tak tunai janji, mungkin (rakyat) tukar (kerajaan). Rakyat berhak tukar,” katanya.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon