You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Fattah, Fazura sanding 25 Februari

Berita Harian logoBerita Harian 8/2/2018 Oleh Farihad Shalla Mahmud

farihad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, memilih bulan yang sering dikaitkan dengan cinta iaitu Februari untuk majlis resepsi mereka.

Majlis berkenaan diadakan tiga bulan selepas pasangan romantis itu mendirikan rumah tangga.

Menerusi kad undangan yang dilayangkan wakil Fattah kepada pihak media, pasangan pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella ini memilih tarikh 25 Februari untuk meraikan hari bersejarah mereka bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Pasangan terbabit selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkenal, di ibu negara, 27 November lalu.

Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0, itu hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam.

Kronologi kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri popular itu sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Kehadiran Fattah pada acara pertunjukan fesyen House of Doll milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas serta menghadiahkan 500 kuntuman mawar ketika sambutan ulang tahun penyanyi Sayangi Dirimu itu, September lalu, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya bercinta.

Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekaligus ada yang mengatakan mereka sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci Makkah.

a man and a woman posing for a picture: FAZURA dan Fattah . - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman © Provided by Media Prima FAZURA dan Fattah . - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Enggan terus berteka-teki, Fattah dan Fazura meleraikan tanda-tanya itu dengan memaklumkan mereka sudah mengikat tali pertunangan pada 13 November, sama seperti tarikh yang pernah dilaporkan BH sebelum ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Also on MSN:

Celebrity romances, engagements and weddings of 2018

image beaconimage beaconimage beacon