You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Fazura masih fenomena ‘Gol & Gincu,’ kata Diana Danielle

Malay Mail logo Malay Mail 26/3/2018 OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

a person smiling for the camera: Diana berkata tiada siapa pun di antara mereka yang menggantikan mana-mana watak dalam cerita asal. — Foto oleh Saw Siow Feng © Provided by Trinity Diligent Sdn Bhd Diana berkata tiada siapa pun di antara mereka yang menggantikan mana-mana watak dalam cerita asal. — Foto oleh Saw Siow Feng HAH ALAM, 26 Mac — Beraksi dalam “Gol & Gincu 2,” pelakon Datin Diana Danielle tidak menafikan aura Fazura membawa kejayaan besar jenama filem itu sebelum ini.

Diana, 27, berkata Fazura sememangnya sinonim dengan identiti filem itu namun sekuel kali ini akan menampilkan kelainan.

“Ia cerita yang lain. Tiada siapa pun yang dapat menggantikan Fazura dan bagi saya sangat sensitif untuk menggantikan dia kerana ia satu fenomena dalam 'Gol & Gincu,'

“Tiada siapa pun di antara kami yang menggantikan mana-mana watak dalam cerita asal. Ia cerita generasi baru mengenai apa yang relevan sekarang,” katanya.

“Gol & Gincu” pernah ditayangkan pada 2005 menampilkan Fazura, Sazzy Falak, Ashraf Sinclair dan Pierre Andre.

Sekuel filem ini bagaimanapun tidak menampilkan Fazura sebaliknya berwajah baru seperti Ummi Nazeera dan Nadiya Nisaa.

Dalam perkembangan lain, Diana berkata dia teruja melihat filem seterusnya bakal dihasilkan pengarah U-Wei Saari.

Katanya, U-Wei yang sememangnya dikenali dengan filem berkualiti tinggi pastinya akan tampil dengan sesuatu yang lebih hebat.

“Kami sudah pernah kerja sekali dan saya lihat visinya lebih daripada orang lain.

“Saya pun ingin lihat dengan usia dia sekarang ini bagaimana dia nak langkau had kerana dia sudah pun bergelar otai.

“Saya mahu melihat apa lagi yang akan dia beri selepas Hanyut.

“Saya sangat teruja kerana biasanya dia akan peram lama projeknya. Mungkin lagi 10 tahun. Kita pun tidak tahu,” katanya.

More From Malay Mail

image beaconimage beaconimage beacon