You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Harap dua artis beri kerjasama

Harian Metro logoHarian Metro 8/2/2018 Mohd Azam Shah Yaacob

mohdazam@mediaprima.com.my

SEORANG daripada penyanyi dikenali sebagai Osh dari kumpulan nasyid Firdaus sudah dapat dihubungi menerusi peguamnya yang memaklumkan akan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi dirakamkan percakapan berhubung laporan dibuat Datuk Farid Kamil, 31 Januari lalu.

a group of people posing for the camera © Provided by Media Prima

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, setakat petang ini hanya penyanyi berkenaan menerusi peguamnya memberi maklum balas positif dan seorang lagi penyanyi iaitu Taj dari kumpulan Innuendo masih gagal dihubungi.

Katanya, menerusi percakapan dengan peguam mewakili Osh, artis itu akan datang dalam waktu terdekat.

"Setakat petang ini, hanya Osh sahaja yang dapat dihubungi menerusi percakapan dengan peguamnya.

"Manakala seorang lagi artis masih gagal dihubungi," katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Karnival Sukan Piala Ketua Polis Negara 2017 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) petang tadi.

Bagaimanapun, Fadzil berkata, pihaknya berharap agar Osh serta peguamnya dapat menunaikan janjinya itu dan tidak berdolak-dalih.

"Diharapkan individu berkenaan termasuk yang tidak dihubungi itu dapat menghadirkan diri bagi memberi keterangan berhubung kes itu dalam masa terdekat," katanya.

Kelmarin, pada 11 malam, pelakon Sofi Jikan ditahan polis selepas positif mengambil dadah jenis ganja sebaik selesai memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan Datuk Farid Kamil.

Malah, semalam pelakon itu direman selama tiga hari bermula semalam berhubung kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

Berita berkaitan

Dua artis belum muncul

Anda berdua diberi 24 jam!

Artis 90-an rupanya...

Dua lagi dikenal pasti selepas Sofi Jikan

'Kasi sengat' kena reman [METROTV]

© New Straits Times Press (M) Bhd

image beaconimage beaconimage beacon