You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Jangan turun harga rumah untuk orang asing, kata persatuan pembeli

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 21/9/2019 FMT Reporters
an empty parking lot in front of a house: Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan bimbang pemaju lebih berminat membina rumah mewah untuk harga asing, bukannya rumah mampu milik untuk rakyat tempatan. © Provided by FMT MEDIA SDN BHD Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan bimbang pemaju lebih berminat membina rumah mewah untuk harga asing, bukannya rumah mampu milik untuk rakyat tempatan.

PETALING JAYA: Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) menolak apa-apa langkah menurunkan harga untuk warga asing membeli hartanah mewah di negara.

Ia bimbang langkah itu akan menggalakkan pemaju membina lebih banyak hartanah mewah bagi menarik pembeli kaya dari Singapura, bukannya membina rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Ini berikutan kenyataan pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor Dzulkefly Ahmad bahawa kerajaan negeri itu menimbang untuk mengurangkan nilai ambang harga bagi warga asing membeli hartanah, iaitu daripada RM1 juta kepada RM600,000.

Setiausaha kehormat HBA Chang Kim Loong berkata, ia “akan membuka pintu kepada warga Singapura” memiliki rumah berharga S$200,000 selepas ditukarkan kepada mata wang Malaysia.

Beliau berkata, cadangan itu sama dengan cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin untuk memasarkan hartanah mewah tidak terjual kepada rakyat asing dari Hong Kong dan China.

“Dalam kes Johor, sasaran pasarannya tentulah rakyat Singapura atau profesional yang bekerja di negara itu,” katanya.

Chang berkata, pemaju mungkin tidak berminat membina rumah mampu milik berharga kurang daripada RM300,000, malah sebaliknya mendorong pemaju perumahan di negeri itu menaikkan harga hartanah antara RM400,000 ke RM500,000.

“Atau mereka pergi lebih tinggi daripada julat harga RM600,000 bagi menarik pasaran Singapura yang lebih menguntungkan. Ini akan menyebabkan pembeli tempatan terhimpit keluar daripada pasaran rumah di Johor,” katanya.

Chang mengingatkan kerajaan akan tanggungjawabnya memastikan rakyat mempunyai akses kepada rumah mampu milik dan tidak membuat rancangan yang akan membantu warga asing membeli hartanah pada harga lebih murah.

HBA mengakui wujudnya masalah hartanah mewah tidak terjual di Malaysia, tetapi berkata, ia berpunca daripada “sikap tamak pemaju” untuk mengaut keuntungan.

Katanya, mereka berbuat demikian dengan mengabaikan keperluan untuk membina rumah mampu milik walaupun permintaannya tinggi dalam kalangan rakyat tempatan.

Beliau seterusnya menggesa kerajaan Johor supaya memikirkan semula cadangan tersebut kerana dasar kerajaan perlu mengutamakan rakyat Malaysia.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon