You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Permohonan halang pindah kuil ditolak mahkamah

Projek MM logo Projek MM 29/11/2018 Kenneth Tee
a group of people around each other: Peguam S. Mogan yang mewakili pemohon berkata saman sivil kepada pemaju, kerajaan negeri dan jawatankuasa kuil akan tetap diteruskan. — Foto oleh Yusof Mat Isa © Provided by Malay Mail Sdn Bhd Peguam S. Mogan yang mewakili pemohon berkata saman sivil kepada pemaju, kerajaan negeri dan jawatankuasa kuil akan tetap diteruskan. — Foto oleh Yusof Mat Isa

SHAH ALAM, 29 Nov — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan untuk menghalang perpindahan kuil Sri Maha Mariamman.

Hakim M. Gunalan berkata permohonan S. Thangaraju, S. Nagarajah dan M. Mohanakrishnan gagal mengatasi keraguan munasabah.

Peguam S. Mogan yang mewakili pemohon berkata saman sivil kepada pemaju, kerajaan negeri dan jawatankuasa kuil akan tetap diteruskan.

Kawasan kuil berkenaan merupakan kawasan rusuhan dua malam lepas yang mengakibatkan beberapa mangsa cedera, kenderaan dibakar dan bangunan dirosakkan.

Tanah kuil itu kini merupakan milik One City Development Sdn Bhd.

Satu keputusan dibuat pada Mac 2014 di mana semua pihak bersetuju kuil itu dipindahkan ke USJ 23 di Subang Jaya.

Baca seterusnya di Malay Mail.

Related Articles Isu kuil: One City tidak buat kecoh, bantu 'secara teratur' Individu belakang jentera bomba bukan Adib, kata rakan (VIDEO) PM: Kerajaan beri jaminan cari dalang kekecohan kuil

More From Projek MM

image beaconimage beaconimage beacon