You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Sasterawan Malaysia dilantik ahli kehormat Persatuan Nusantara Russia

Berita Harian logoBerita Harian 22/12/2017 Oleh Siti Haliza Yusop

shyusop@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan Nusantara Russia atas sumbangan besarnya kepada perhubungan sastera Russia dan Malaysia.

Persatuan Nusantara Russia dalam kenyataannya berkata, Kemala yang juga Presiden Persatuan Sasterawan Numera Malaysia (NUMERA) ialah antara sasterawan tanah air yang terkenal di Russia.

a man wearing a hat and glasses: DR Ahmad Kamal Abdullah. - Foto Asyraf Hamzah © Provided by Media Prima DR Ahmad Kamal Abdullah. - Foto Asyraf Hamzah

"Terjemahan karya Kemala dinikmati penduduk Russia. Malah awal tahun ini, satu kajian mengenai kreativiti Kemala yang ditulis Anna Pogadaeva diterbitkan oleh Universiti Negara Moscow.

"Kalangan sarjana Russia berharap pelantikan Kemala ini akan terus mengeratkan hubungan antara NUMERA dan Persatuan Nusantara Russia.

"Tambahan lagi, tahun ini juga genap 50 tahun penubuhan seminar Melayu-Indonesia yang menjadi asas bagi Persatuan Nusantara Russia untuk memainkan peranan besar dalam memperkenalkan sastera Melayu di Russia," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, perlantikan Kemala sebagai ahli kehormat dipersetujui pada Perhimpunan Persatuan Nusantara Russia November lalu.

Kemala menerima sijil pelantikan yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Nusantara Russia, Dr Victor Pogadaev di Kuala Lumpur.

© New Straits Times Press (M) Bhd

image beaconimage beaconimage beacon