You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Si manis hantar barang

Harian Metro logoHarian Metro 9/2/2018 Norizuan Shamsuddin

norizuan@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: “Saya hanya memuat naik status berkaitan perkhidmatan membawa penumpang dengan motosikal untuk mendapat maklum balas rakan Facebook mengenai potensi sekiranya saya cuba menyediakan perkhidmatan terbabit.

“Namun, selepas mengetahui ia menyalahi undang-undang, saya mencari alternatif lain dan bercadang memperluaskan khidmat penghantar barang atau Runner yang dilakukan ketika ini,” kata Yus Nor Shaqirah Yus Azman Shukri, 20.

Gadis terbabit tular di media sosial selepas memuat naik status di Facebook miliknya mahu menyediakan perkhidmatan penghantaran penumpang wanita menggunakan motosikal di sekitar ibu kota.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, idea menyediakan perkhidmatan terbabit timbul apabila dia melancong ke Indonesia bersama keluarga, awal bulan lalu.

“Kebetulan pada waktu itu saya menjalankan khidmat penghantar barang menggunakan motosikal dan ada juga pelanggan mengesyorkan agar saya turut membuat penghantaran penumpang.

“Malah selepas memuat naik status mengenai idea terbabit, ramai yang memberikan maklum balas positif dan berminat mendapatkan khidmat berkenaan.

“Namun, saya melupakan hasrat itu selepas dimaklumkan perkhidmatan membawa penumpang menggunakan motosikal diharamkan kerajaan sejak Februari tahun lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, susulan itu, dia merancang memperluaskan perkhidmatan penghantaran barang yang dijalankan sejak dua bulan lalu bagi mencari pendapatan membantu keluarganya.

“Sebelum ini, saya mengambil tempahan bagi servis menghantar barangan dan makanan daripada rakan menggunakan motosikal Yamaha 135LC.

“Jadi, ramai juga netizen meminta saya menghantar barang mereka selepas perkara itu tular dan buat masa ini, saya mahu fokus kepada perkhidmatan menghantar barang saja,” katanya.

Penuntut semester akhir diploma penerbangan di sebuah kolej swasta di ibu kota itu berkata, dia tetap berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula berhubung isu perkhidmatan penghantaran penumpang menggunakan motosikal memandangkan ramai yang mahukan servis terbabit.

“Perkhidmatan ini memudahkan orang ramai terutama yang berada di ibu kota untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan ia juga dapat menjimatkan perbelanjaan kerana kos penyelenggaraan motosikal lebih murah berbanding kereta.

a person riding on the back of a motorcycle: STATUS dimuat naik Yus Nor Shaqirah berkaitan perkhidmatan menghantar penumpang wanita guna morosikal yang tular di media sosial . FOTO NSTP © Provided by Media Prima STATUS dimuat naik Yus Nor Shaqirah berkaitan perkhidmatan menghantar penumpang wanita guna morosikal yang tular di media sosial . FOTO NSTP

“Pada masa sama, ia dapat membantu golongan wanita kerana bukan semua kaum Hawa boleh menunggang motosikal,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

image beaconimage beaconimage beacon