You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Syarikat Syed Mokhtar akui tukar tanah kem tentera, nafi unsur politik

Projek MM logo Projek MM 25/2/2019 Debra Chong
a close up of Syed Mokhtar Al-Bukhary smiling for the camera: KVSB milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menafikan laporan mengenai perjanjian syarikat itu dengan Kementerian Pertahanan berunsur politik. — Foto Reuters © Provided by Malay Mail Sdn Bhd KVSB milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menafikan laporan mengenai perjanjian syarikat itu dengan Kementerian Pertahanan berunsur politik. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 25 Feb — Kelana Ventures Sdn Bhd (KVSB) mengakui terlibat dalam perjanjian pertukaran tanah pangkalan tentera udara di Kinrara, Puchong dengan Kementerian Pertahanan.

Namun, syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menafikan perjanjian itu berunsur politik dan mengakibatkan kementerian tersebut kerugian RM258 juta, lapor The Edge Financial Daily.

KVSB juga menyifatkan laporan berkenaan sebagai “salah dan mengelirukan” dan “tidak mencerminkan sifat sebenar perjanjian antara KVSB dengan kementerian pertahanan”.

Katanya, nilai tanahnya RM500 juta tetapi jumlah itu tidak termasuk premium pertukaran penggunaan untuk kediaman atau komersil serta syarat lain yang mungkin dikenakan.

KVSB juga belum menandatangani perjanjian dengan kementerian untuk pertukaran tanah untuk membina tiga kemudahan tentera yang keseluruhannya bernilai RM499.9 juta.

Perjanjian pertukaran tanah seluas 101.81 ekar (41.2 hektar) dengan KVSB yang menerima diskaun 34 peratus sebelum ini dilapor sebagai berunsur politik. 

Khamis lalu, pegawai khas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengadu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pertukaran dua tanah pangkalan tentera.

Mohd Nasaie Ismail mendakwa wujud campur tangan politik ketika pentadbiran Barisan Nasional melibatkan pembangunan dua kem tentera di Paloh, Johor dan Hutan Melintang, Perak.

Mohamad sebelum ini mendedahkan siasatan 16 pertukaran tanah bernilai RM4.9 bilion yang mengakibatkan kementerian hilang sekurang-kurangnya RM500 juta secara tidak langsung.

* Baca seterusnya di Malay Mail.

Related Articles Ratusan demo depan balai polis desak penghina Nabi didakwa segera Pegawai Loke mohon maaf dakwa RTM sabotaj siaran langsung Syed Mokhtar’s company confirms involvement in Mindef land swap, denies political motive

More From Projek MM

image beaconimage beaconimage beacon