You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

TB boleh dihapuskan jika dana cukup

Berita Harian logo Berita Harian 21/3/2019
a blurry image of a man © Provided by Media Prima

PARIS: Penyakit tuberculosis (TB) mampu dihapuskan menjelang 2045 jika usaha memerangi penyakit membawa maut itu diberi dana mencukupi, kata sepasukan pakar antarabangsa semalam.

Memberi amaran mengenai kos ekonomi dan sosial yang tidak stabil, pakar berkata imbasan dan rawatan lebih baik serta kesedaran awam diperlukan untuk mengurangkan lebih 10 juta kes yang direkodkan setiap hari.

Penyakit paru-paru kronik yang boleh dicegah dan dirawat jika dikesan tepat masanya, TB adalah pembunuh penyakit berjangkit utama ketika ini, menyebabkan lebih 1.6 juta kematian setiap tahun.

“Ini adalah sesuatu yang besar dan beban ekonomi dihadapi negara maju dan membangun.

“Kita perlu memulakan strategi pencegahan baru,” kata wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) penyakit itu, Eric Goosby.

TB sudah terlalu lama wujud dan tersembunyi dalam kira-kira satu perempat penduduk dunia.

Walaupun membunuh hampir seramai gabungan pesakit HIV/AIDS dan malaria setiap tahun, tiada vaksin baru yang boleh diperoleh secara komersil dalam masa seabad.

Penyakit itu ketika ini cuma menerima 10 peratus daripada dana penyelidikan diperuntukkan untuk AIDS.

Pakar dari 13 negara, menulis dalam The Lancet, berkata dana untuk penyelidikan dan pembangunan memerlukan kira-kira AS$3 bilion (RM12 bilion) setahun jika mahu penyakit itu ditangani dengan lebih baik. — AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon