You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

'Usikan' sebelum Jong-nam dibunuh

Berita Harian logo Berita Harian 9/2/2018

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu Siti Aisyah, wanita Indonesia yang dituduh membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, melakonkan beberapa babak 'prank' (usikan) di beberapa tempat di sekitar ibu negara dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar Januari tahun lalu.

Babak 'usikan' itu dilakukan di KL Sentral, di luar lobi Hotel Doubletree, di hadapan lobi Hotel Mandarin Oriental dan pusat beli belah Suria KLCC, sebulan sebelum serangan bunuh itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Februari tahun lalu.

Perkara itu dicadangkan peguam Gooi Soon Seng, yang mewakili Siti Aisyah, 26, ketika menyoal balas Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, 40, pada hari ke-29 perbicaraan kes pembunuhan Kim Chol.

Menjawab soalan Gooi, saksi kesembilan itu bersetuju semua lokasi 'usikan' itu berdasarkan percakapan Siti Aisyah.

Siti Aisyah dan wanita Vietnam, Doan Thi Huong, 29, didakwa membunuh Kim Chol bersama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, klia2, di Sepang, pada 13 Februari tahun lalu.

Wan Azirul Nizam bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Gooi bahawa seorang individu bernama 'James' membayar Siti Aisyah RM600 sebagai upah lakonan dan tambahan RM50 untuk tambang teksi untuk setiap lakonan itu.

"Berdasarkan percakapan Siti Aisyah, dia dibayar RM650 ketika melakukan babak 'usikan' di KLIA dan Hotel Mandarin Oriental masing-masing pada 6 dan 9 Januari 2017," kata saksi itu.

Gooi: "Saya mengatakan dalam pertemuan pada 16 Januari 2017, 'James' telah mengaturkan Siti Aisyah untuk melakukan 'prank' di Kemboja dan dia dibayar RM1,500 untuk bayaran tiket penerbangan dan teksi.

a person standing in a room © Provided by Media Prima

Wan Azirul Nizam: Setuju

Pada perbicaraan itu, Gooi turut mendedahkan beberapa teks khidmat pesanan ringkas (SMS) di antara 'James' dengan Siti Aisyah yang menggelar dirinya sebagai 'Elice' dengan "James' yang turut digelar 'Jepun'.

Gooi: Saya cadangkan Siti Aisyah telah menghantar satu SMS kepada 'James' dengan mengatakan: 'I see today, I acting no good, right?' yang mana 'James' membalas 'not natural' dan tertuduh kemudian membalas 'sorry long time not acting'.

Wan Azirul Nizal: Setuju

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung 22 Februari ini. - BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon