You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Mercedes pertahan tindakan Hamilton

Berita Harian logo Berita Harian 22/7/2021
Lewis Hamilton standing in front of a window: Lewis Hamilton memenangi Grand Prix British selepas Max Verstappen tidak dapat meneruskan perlumbaan. - Foto AFP © Provided by Berita Harian Lewis Hamilton memenangi Grand Prix British selepas Max Verstappen tidak dapat meneruskan perlumbaan. - Foto AFP

LONDON: Tindakan kontroversi Lewis Hamilton ke atas pesaing kejuaraan Max Verstappen di pusingan pertama Grand Prix British tidak menyalahi peraturan memotong, kata pasukan Mercedes.

Verstappen mendakwa juara dunia tujuh kali itu menampilkan pemanduan berbahaya, tidak menunjukkan hormat dan semangat kesukanan susulan kemalangan mereka di Silverstone Ahad lalu.

Pemandu Red Bull Verstappen tidak dapat meneruskan perlumbaan manakala Hamilton muncul pemenang, mengurangkan jurang dengan pendahulu kejuaraan dari Belanda itu daripada 33 mata kepada hanya lapan.

"Daripada pemerhatian kami, tindakan Lewis tidak menyalahi garis panduan memotong oleh FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa).

"Lewis berada di sebelah dan tayar depannya melepasi bahagian tengah kereta Verstappen.

"Menurut garis panduan anda perlu berada di sebelah dan boleh mengambil selekoh - maksudnya boleh mengambil selekoh tanpa terkeluar dari trek atau hilang kawalan.

"Jika anda berada dalam situasi itu, selekoh itu adalah milik anda," kata ketua teknikal Mercedes James Allison.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon