You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Shahurain belum mahu gantung but

Berita Harian logo Berita Harian 5 days ago Mohd Amin Jalil
a group of people playing football on a field: Shahurain Abu Samah (kiri) ketika beraksi bersama pasukan PDRM pada 2017. © Provided by Berita Harian Shahurain Abu Samah (kiri) ketika beraksi bersama pasukan PDRM pada 2017. bhsukan@bh.com.my

SEREMBAN: Biarpun masih belum berhasrat menggantung but, Shahurain Abu Samah mungkin terpaksa berbuat demikian.

Ini berikutan sehingga kini belum ada mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang menunjukkan minat mendapatkan khidmatnya.

"Walaupun sebelum ini terdapat satu dua pasukan yang berbincang secara lisan, namun ia tiada kata putus.

"Saya masih tercari-cari pasukan baharu kerana minat masih kuat untuk beraksi, tanpa mengira pasukan sama ada dalam Liga Perdana mahupun Liga FAM," kata Shahurain, hari ini.

Bekas pemain Negeri Sembilan musim lalu itu berkata, dia masih mampu memberikan persembahan terbaik sekiranya diberi peluang, malah akui bebas daripada sebarang kecederaan selain masih mengekalkan tahap kecergasan terbaik.

Menurutnya, walaupun akui kebanyakan pasukan mahu menggunakan khidmat pemain muda, tetapi pemain berpengalaman sepertinya juga boleh memberikan sumbangan terbaik dalam membantu menjulang nama pasukan.

"Jika mengambil kira rekod dan pencapaian beberapa pasukan dalam Liga M sebelum ini, tidak dinafikan sumbangan pemain berpengalaman yang dilihat masih penting dalam membantu kejayaan sesebuah pasukan.

"Bagaimanapun, saya akui pengurusan sesebuah pasukan itu mempunyai kriteria dan strategi tersendiri dalam memilih pemain mereka.

"Setakat ini, saya belum bercadang untuk menggantung but dan jika ada tawaran, bersedia untuk bermain," kata pemain kelahiran Kajang Selangor yang berusia 35 tahun itu.

Shahurain yang boleh beraksi di posisi sayap dan penyerang antara rakan seangkatan dengan beberapa tongak berpengalaman lain seperti Shahrom Kalam, Mohd Badhri Radzi, Safee Sali, Azmi Muslim, Khyril Muhymeen, Azmizi Azmi dan Amirizdwan Taj.

Malah, dia yang pernah beraksi bersama FELDA United FC, Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC dan PKNS FC, mempunyai rekod cemerlang bersama skuad Hobin Jang Hobin termasuk membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia dua kali pada 2009 dan 2011.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon