You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Berikan ten Hag masa: Ronaldo

Sinar Harian logo Sinar Harian 14/5/2022 MUHAMMAD ZULKARNAIN MOHD AZMAN
© Provided by Sinar Harian

PENYERANG Manchester United, Cristiano Ronaldo berpandangan pengurus baharu The Red Devils, Erik ten Hag perlu diberikan masa untuk melakukan perubahan kepada kelab tersebut.

Menurut Ronaldo, meskipun ten Hag berjaya menamatkan musim terakhirnya bersama Ajax dengan gelaran Eredivise, dia percaya ia bukan satu tugas yang mudah untuk mengubah nasib Manchester United.

“Apa yang saya tahu beliau melakukan kerja yang hebat untuk Ajax, beliau seorang jurulatih berpengalaman.

Tapi kita perlu memberi dia masa.

“Perkara perlu diubah mengikut cara yang beliau mahu.

Saya harap kami akan berjaya, sudah tentu kerana jika anda berjaya, keseluruhan Manchester akan berjaya juga,” katanya.

Sebelum ini Manchester United menamakan pengendali Ajax Amsterdam, ten Hag sebagai pengurus baharu The Red Devils bagi menggantikan bos sementara Ralf Rangnick bermula hujung musim ini.

Ten Hag merupakan pengurus tetap kelima dilantik kelab gergasi Inggeris tersebut sejak Alex Ferguson bersara pada 2013 selepas David Moyes, Luis van Gaal, Jose Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer.

Dalam pada itu Ronaldo, berharap kehadiran pengendali kelahiran Belanda itu ke Old Trafford mampu menamatkan penantian United untuk trofi kejuaraan sejak kali terakhir memenanginya dalam saingan Liga Europa pada 2017 ketika dikendalikan Jose Mourinho.

"Kami gembira dan teruja, bukan hanya pemain tetapi penyokong juga.

Saya doakan yang terbaik untuk beliau dan marilah kita percaya bahawa tahun depan, kita akan memenangi trofi.

More from Sinar Harian

image beaconimage beaconimage beacon