You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Izzah terlepas gangsa di Birmingham

Harian Metro logo Harian Metro 1 day ago Daripada Amirullah Andi Nur
IZZAH ketika beraksi dalam disiplin belantan di Arena Birmingham. FOTO Reuters © Provided by Harian Metro IZZAH ketika beraksi dalam disiplin belantan di Arena Birmingham. FOTO Reuters arullah@bh.com.my

Birmingham: Nasib tidak menyebelahi atlet gimrama, Izzah Amzan apabila terlepas pingat gangsa pada temasya Sukan Komanwel 2021 di sini, sebentar tadi, selepas dipintas di saat akhir dalam saingan acara all-around individu.

Dalam saingan di Utilita Arena Birmingham itu, dia berada pada kedudukan ketiga dengan himpunan 108.300 mata sebelum atlet terakhir dari Cyprus, Anna Sokolova tampil melakukan terjunan cemerlang.

Sokolova berjaya mencatatkan 112.100 mata untuk berada di kedudukan kedua bagi meraih perak manakala wakil England, Marfa Ekimova yang mengumpulkan 112.300 mata merangkul emas.

Wakil Australia, Alexandra Kiroi-Bogatyreva yang sebelum itu mengumpulkan 111.100 mata untuk berada di tangga kedua, kemudian terpaksa berpuas hati meraih gangsa.

Seorang lagi wakil negara, Ng Joe Ee di tempat kelima selepas mengumpulkan 108.200 mata.

Bagi disiplin gelung acara all-around individu ini, Izzah yang tampil buat kali kedua ada temasya Sukan Komanwel mendapat 26.100 mata manakala bola (27.600), belantan (28.200) dan riben (26.400).

Joe Ee pula yang membuat penampilan sulung pada temasya di sini, berjaya menghimpun 108.200 mata menerusi disiplin gelung (26.700), bola (27.00), belantan (26.70) dan riben (27.100).

Izzah yang sebak sejurus berakhirnya saingan bagaimanapun berpeluang menebus kekecewaannya itu pagi esok apabila turun beraksi dalam dua final disiplin individu iaitu gelung dan belantan.

Turut beraksi adalah Joe Ee bagi disiplin bola selain riben bersama Koh Sie Yan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon