You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Bajet Hapus Air Mata Rakyat

Hampir dua tahun Covid-19 membadai Malaysia, kesan yang dihadapi oleh 32.7 juta penduduk amat perit. Hilang pendapatan, hilang rumah, hilang insan tersayang dan yang paling membimbangkan adalah kegelinciran rakyat yang semakin ketara di mana hampir 580,000 isi rumah daripada kumpulan M40 kini beralih kepada had pendapatan di bawah kumpulan B40. Manakala sehingga 15 Oktober 2021, sebanyak 262,888 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin tegar telah direkodkan di dalam Sistem eKasih. Paling menyentuh perasaan adalah seramai 4,696 kanak-kanak telah menjadi anak yatim selepas kematian waris atau ahli keluarga mereka akibat dijangkiti virus pembunuh itu sejak akhir bulan September lalu. Adakah Bajet 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat, 29 Oktober nanti mampu menghapuskan air mata kesengsaraan rakyat? Saksikan dokumentari khas ini bagi menyelami hati dan perasaan individu yang kehidupannya tergelincir angkara Covid-19. #Bajet2022 #KeluargaMalaysia #Covid19

Most Recent

image beaconimage beaconimage beacon