You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Didenda RM791,775 jual selipar tiruan

Didenda RM791,775 jual selipar tiruan BERITA SEMASA 5 OKTOBER 2022 Seorang pengurus dan dua pengarah bersama syarikatnya didenda 791,775 ringgit oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak pada Rabu kerana memperdagangkan 17,595 pasang kasut dan selipar jenama tiruan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad. Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh, Yap Kian Seng berusia 60 tahun, Yap Yin Keat berusia 50 tahun dan Sun Haixia berusia 40 tahun beserta syarikatnya bersalah. Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis tanpa nama kira-kira jam 11.30 pagi di Kawasan Perindustrian Menglembu, Ipoh, pada 18 Disember 2019. Ketiga-tiga tertuduh didakwa di bawah Seksyen 8 (2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8 (2)(B) manakala syarikat pula di bawah Seksyen 8 (2)(A) akta sama. #BeritaSemasa #SinarHarian

Most Recent

image beaconimage beaconimage beacon