You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Final Euro 2020: Eyka, Amelia lain selera

Pelakon, Eyka Farhana memilih pasukan Itali menjuarai Euro 2020 mengalahkan England pada aksi final di Stadium Wembley awal pagi esok. Eyka yang popular dengan drama bersiri Budak Tebing 2 menjangkakan Itali yang dibimbing Roberto Mancini dapat menewaskan England dengan jaringan 3-2. “Walaupun tanpa Leonardo Spinazzola yang cedera, saya yakin Itali akan muncul juara,” katanya. Sementara itu, walaupun menganggap pasukan Itali dan England memiliki kekuatan seimbang, pelakon, Amelia Henderson memilih England menjuarai Euro 2020 tahun ini. “Bagi saya, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang cukup hebat,” katanya. Amelia meramalkan England akan menewaskan Itali dengan 2-1. “England juga memiliki kelebihan kerana bermain di tempat sendiri iaitu di Stadium Wembley, London,” katanya. ------------------------------ #HMETRO #METROTV Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my Please like http://www.facebook.com/harianmetro Please follow http://www.twitter.com/hmetromy And also our http://www.instagram.com/hmetromy

Most Recent

image beaconimage beaconimage beacon