You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Isu gantung parlimen akan dibawa ke mahkamah, kata Anwar

Pembangkang akan memfailkan tuntutan di mahkamah bagi mencabar tindakan kerajaan menggantung parlimen, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. “Apa yang kita nak ajukan ke mahkamah, bukan darurat, tetapi keperluan meneruskan dengan mesyuarat parlimen, supaya parlimen boleh terus bersidang. “Jadi yang kita nak ajukan ke mahkamah mungkin esok atau lusa, oleh barisan peguam, atas permintaan saya dan rakan-rakan PH, adalah untuk memastikan mahkamah memutuskan supaya parlimen dapat bersidang terus tanpa menyentuh soal darurat,” katanya dalam sidang media hari ini.

Most Recent

image beaconimage beaconimage beacon