
JDT buat Kedah kempunan
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan Piala Sultan Ahmad Shah empat musim berturut-turut selepas mudah menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-0 pada aksi sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.
Jaringan ayam tambatan skuad Harimau Selatan, Safawi Rasid pada babak pertama dan Natxo Insa pada babak kedua sudah memadai buat pasukan itu mengutip tiga mata pertama dalam saingan pembuka tirai Liga Super sekali gus memastikan skuad Lang Merah terus kempunan dua musim berturut-turut membawa pulang piala itu.
Tuan rumah menanti sehingga minit ke-34 untuk memecah kebuntuan selepas gerakan menarik yang dimulakan Afiq Fazail mengumpan bola tepat kepada Safawi yang bertindak memusingkan badan sebelum merembat bola leret menewaskan Mohd Ifwat.
Tuan rumah menambah derita skuad Lang Merah pada minit ke-67 selepas bola umpanan Rodriguez membuka ruang buat Insa yang tidak dikawal merembat bola leret tepat ke penjuru kanan gol menewaskan Mohd Shahril untuk meletak juara liga tujuh musim berturut-turut selesa dengan jaringan 2-0.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
UP NEXT
UP NEXT
-
COVID-19: Kawalan keselamatan diperkukuh
-
MALAYSIA PRIHATIN | Darurat Boleh Tamat Awal & PRU Boleh Diadakan
-
Vaksin Covid-19 tiba di Pejabat Kesihatan Daerah Presint 11, Putrajaya
-
Cara-cara membuat Onde-onde bersama Azizulhasni Awang
-
LIGA MALAYSIA | Penonton Langgar SOP, Pasukan Beraksi Di Stadium Kosong
-
RAKAMAN TULAR | Anwar Nafi Audio Perbualan Telefon Bersama Zahid
-
McD Anugerah Guru Inspirasi
-
PDRM tawar diskaun 50 peratus saman trafik
-
LETUPAN BOM | Penyerang Nekad Maut, 14 Yang Lain Cedera
-
Neelofa, PU Riz kini suami isteri
-
Kakitangan kedutaan berlepas 4 petang ini
-
MALAYSIA-KOREA UTARA | Kakitangan Kedutaan Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia
-
Nabila Razali - Peluang Kedua | #AJL35
-
Juara #AJL35 | Kaka Azraff, Noki, Loca B - Gila
-
The reason why Zlatan Ibrahimovic uses a motorcycle when attending the Sanremo Music Festival.