You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Lebih 85 peratus kehadiran murid ke sekolah - Menteri

Purata trend kehadiran murid ke sekolah sejak sekolah dibuka bermula 3 Oktober lalu hingga semalam adalah melebihi 85 peratus. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ketika ini, sebanyak 10,060 sekolah sedang beroperasi di seluruh negara, membabitkan lebih 4.38 juta murid. Beliau menjawab soalan asal Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang bertanya mengenai perkembangan terkini pengoperasian sekolah di seluruh negara sejak pembukaan secara berperingkat pada 3 Oktober lalu dan bagaimana penerimaan guru, murid serta ibu bapa secara umumnya mengenai pembukaan sekolah.

Most Recent

image beaconimage beaconimage beacon