You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Lompat 'katil anti seks' jadi sukan baharu atlet Olimpik

Melompat ke atas katil kadbod di Perkampungan Sukan Tokyo 2020 untuk menguji ketahanannya, menjadi sukan baharu dalam kalangan atlet, selepas spekulasi ia adalah 'katil anti-seks'. Sebahagian atlet yang tertakluk kepada peraturan berikutan pandemik Covid-19 yang menghalang mereka daripada meninggalkan perkampungan sukan kecuali untuk latihan atau acara, menghiburkan diri masing-masing dengan melompat ke atas katil itu. Katil berkenaan diperbuat daripada kadbod kitar semula dalam usaha penganjur mengurangkan kesan kepada alam sekitar selepas Tokyo 2020. Atlet terbaharu mengujinya adalah pasukan Israel yang merakam aksi mereka menaiki katil itu seorang demi seorang dan melompat sebelum katil itu akhirnya runtuh apabila sembilan atlet berdiri dan melompat di atasnya. Pemain baseball, Ben Wanger merakam video dan memuat naik di media sosial sebelum ia tular dan kemudian, ia ditarik balik. Kerosakan katil itu menyebabkan kemarahan rakyat Jepun, kata media negara itu. ------------------------------------------------------------------------- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my ▪️ FB http://www.facebook.com/harianmetro ▪️ Twitter http://www.twitter.com/hmetromy ▪️ Instagram http://www.instagram.com/hmetromy ▪️ TikTok http://www.tiktok.com/@hmetromy

Most Recent

image beaconimage beaconimage beacon