You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Perbicaraan kes amang seksual PU Azman Julai depan

BERITA SEMASA 31 JANUARI 2023 Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan menetapkan 24 hingga 28 Julai ini sebagai tarikh perbicaraan pendakwah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias berhubung lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu. Hakim, Datin Surita Budin menetapkan tarikh tersebut pada prosiding sebutan semula kes pada Selasa selepas pihak peguam memohon tarikh awal berikutan tertuduh juga mempunyai kes di mahkamah Klang, Shah Alam dan Ampang Beliau berkata, seramai 12 orang saksi pendakwaan mungkin dipanggil bagi memberi keterangan yang terdiri daripada doktor, ibu bapa, mangsa dan pegawai penyiasat. Artikel: https://bit.ly/3WOqaGn Muzik: Elevate dari www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian

Most Recent

image beaconimage beaconimage beacon