You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Potong barisan vaksin: Denda RM50,000, penjara 6 bulan menanti

Individu yang “memotong barisan” untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya. Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 31 yang merupakan peruntukan baru di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit) (Pindaan) 2021 yang akan berkuat kuasa 11 Mac ini.
image beaconimage beaconimage beacon