You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

'Sistem penjagaan kesihatan Sabah tidak runtuh, rujuk fakta KKM'

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal tanggapan bahawa sistem penjagaan kesihatan di Sabah telah runtuh susulan kes-kes yang terus melonjak di negeri itu. Katanya, walaupun jumlah kes harian di Sabah tetap tinggi, terdapat juga banyak kes yang disahkan sembuh dari negeri itu. Menurut Dr Noor Hisham lagi, hanya 52 peratus katil di hospital-hospital di Sabah dan 28 peratus katil di pusat-pusat kurantin digunakan untuk merawat pesakit. Dr Noor Hisham turut mengingatkan bahawa terdapat 24 hospital di negeri Sabah dan hanya sembilan yang digunakan untuk merawat pesakit Covid-19, dengan sebuah hospital medan dibuka berhampiran Hospital Tawau untuk pesakit bukan Covid-19.

UP NEXT

UP NEXT

Most Recent

image beaconimage beaconimage beacon