You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Syed Saddiq hadapi tuduhan kedua salah guna wang kempen

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen pada 22 Julai bagi kesalahan menyalahgunakan wang sumbangan berjumlah RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Mengikut pertuduhan, Syed Saddiq, 29, antara 8 hingga 21 April 2018 secara curang menyalahgunakan wang sumbangan untuk PRU-14 berjumlah RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise di Maybank Islamic Berhad, Taman Pandan Jaya. Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan mohon dibicarakan. ------------------------------------- #HMETRO #METROTV Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my Please like http://www.facebook.com/harianmetro Please follow http://www.twitter.com/hmetromy And also our http://www.instagram.com/hmetromy

Most Recent

image beaconimage beaconimage beacon