You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Zizi pilih Azzurri, Syamim minat England

Penyanyi popular, Zizi Kirana meramalkan pasukan Itali bakal menjulang piala Euro 2020 dalam perlawanan akhir bertemu England, awal pagi esok. Zizi, 36, berkata, pasukan di bawah bimbingan Roberto Mancini itu bakal menang 2-0. “Akhirnya dua pasukan ini bertembung pada pusingan akhir. Saya menjangkakan perlawanan nanti akan lebih menarik berdasarkan kemampuan dan kehebatan barisan pemain bagi kedua-dua pasukan. “Cuma, saya melihat kelebihan besar pada Itali untuk muncul juara Euro 2020. Saya meramalkan mereka boleh menang 2-0 ke atas England. Dan yang akan skor untuk Itali Federico Chiesa dan Lorenzo Insigne,” katanya. Sementara itu, pelakon Che Puan Syamim Farid meramalkan pasukan England bakal muncul juara dengan jaringan 2-1 ke atas Itali. “Pastinya ini bakal menjadi perlawanan yang epik kerana pertembungan dua pasukan yang sama hebat. Tidak dinafikan kedua pasukan ada kelebihan masing-masing berdasarkan perlawanan sebelum ini. “Jadi, untuk perlawanan akhir ini saya menjangkakan England bakal muncul juara Euro 2020. Tapi, apa saja boleh berlaku pada perlawanan akhir nanti. Pasukan mana yang menampilkan permainan baik dan kurang melakukan kesilapan, pasti boleh menang,” katanya. ---------------------------------- #HMETRO #METROTV Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my Please like http://www.facebook.com/harianmetro Please follow http://www.twitter.com/hmetromy And also our http://www.instagram.com/hmetromy

Most Recent

image beaconimage beaconimage beacon